“Jangan ganggu Nazatul!”, ibu remaja penipu konon diculik ke Thailand larang media besarkan cerita

 

Ibu Nazatul Fardiana larang wartawan datang rumah

Baru sahaja semalam kami melaporkan tentang kes penculikan seorang remaja berusia 14 tahun, Nazatul Fardiana hanyalah rekaan semata mata dan bukan kes penculikan sebenar. Malah idea penculikan itu datang dari remaja itu sendiri kerana takut dimarahi ibu apabila dia dan lima kanak kanak Myanmar yang lain lari ke Thailand secara sukarela untuk menjadi pengemis dengan hasil RM400 sehari. 

Menduga apa reaksi ibu remaja terbabit, ramai yang tersentak apabila si ibu bertindak memarahi kembali wartawan dan melarang wartawan datang ke rumahnya untuk sesi temubual. Ibu Nazatul Fardiana, Norazura Roski berusia 37 tahun itu juga mahu semua pihak tidak menggangu anaknya lagi dan tidak mahu media memperbesarkan cerita. 

Menurut Kosmo, Norazura Roski terus mematikan talian telefon selepas memarahi wartawan.

Kata kami : Amboi garangnya puan! Tahu tak anak puan dah buatkan satu Malaysia risau dan meluat? Tahu tak yang lepas ni ramai rakyat Malaysia sukar percaya kepada kes penculikan yang dipaparkan di akhbar lagi? Kalau lepas ni ada lagi gadis yang diculik BETUL BETUL dan tiada siapa nak tolong, boleh kami salahkan anak makcik? Susah sangat ke minta maaf kepada satu Malaysia tapi sebaliknya marah media pulak? 

Pihak polis, tolong ambil tindakan secepat mungkin. Kalau tak buat macam ni, nanti ramai lagi budak tak cukup akal berani menipu tentang kes culik lagi. Sangat menyusahkan! 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Ibu Nazatul Fardiana minta media jangan besarkan cerita

"Jangan ganggu Nazatul!", ibu remaja penipu konon diculik ke Thailand larang media besarkan cerita

Kes penculikan Nazatul Fardiana hanya rekaan!

“Saya tidak mahu komen apa-apa kerana yang penting anak saya selamat.”Demikian kata Norazura Roski, 37, ibu kepada remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Farizwan, 14, yang mendakwa diculik dan dibawa ke Thailand bersama lima remaja warga Myanmar baru-baru ini.

Malah, Norazura yang dihubungi turut tidak membenarkan mana-mana wartawan untuk datang ke rumahnya yang terletak di Seksyen 8 di sini untuk ditemu bual selepas pihak polis mendedahkan kejadian culik itu sebenarnya adalah drama semata-mata.

“Saya tidak mahu apa-apa publisiti, asalkan anak saya selamat, jangan besar-besarkan cerita ini lagi.

“Anak saya tidak ada di rumah, dia sekarang selamat dan berada di tempat lain,” katanya yang terus mematikan telefon bimbitnya.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site