Ayah Pin lumpuh separuh badan diserang angin ahmar, sempat kahwini gadis 18 tahun

 

Ayah Pin muncul kembali

 

Suatu ketika dulu Malaysia pernah gempar dengan berita kemunculan ajaran sesat yang diberi nama ‘Kerajaan Langit’, diasaskan oleh Ayah Pin.  Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad ghaib setelah pihak berkuasa memburunya namun hari ini, laporan berita mengatakan Ayah Pin telah muncul kembali dan ajaran sesat itu juga masih aktif. Penduduk di tapak perkampungan Ayah Pin, Kampung Batu 13, Hulu Besut dikatakan masih tegar melakasanakan ajaran sesat itu. 

Menurut Harian Metro, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang gadis berusia 18 tahun.

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Ayah Pin lumpuh separuh badan terkena angin ahmar

Ayah Pin lumpuh separuh badan diserang angin ahmar, sempat kahwini gadis 18 tahun

Ayah Pin kahwini gadis 18 tahun

 

Kawasan perkampungan ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.

Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di ‘perkampungan langit’ itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini, lapor Berita Harian.

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” beberapa penduduk kampung yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata.

Kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.

Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang ‘kesaktian’ selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.

Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.

Harian itu difahamkan, sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.

Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut.

Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Salleh dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasa jabatan berkenaan sudah diarah melakukan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.

Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan dilakukan ajaran itu sudah dihentikan, tetapi pengikut tegar masih menetap di perkampungan itu.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site