Disko Desa rai pengantin
Ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan. Penganjur persembahan di Kampung Parit 13 itu turut mengundang sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan.
Menurut Harian Metro, sekumpulan Mat Rempit sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Pesta maksiat pada majlis perkahwinan
Pesta maksiat Disko Desa tarik minat Mat Rempit
Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.
Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.
Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam.
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 


