Mawi diacukan parang, Ekin diacukan pisau dalam kejadian rompak oleh warga Indonesia

Banglo Mawi dirompak, kerugian lebih RM 10,000

Penyanyi Asmawi Ani, atau lebih mesra dikenali sebagai Mawi, menceritakan detik detik cemas bagaimana dia dan keluarganya dirompak oleh sekumpulan perompak warga Indonesia dalam kejadian awal pagi semalam. Ketika kejadian, isterinya, Nora’asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin; ibu mertuanya, Fatimah Saad, 55; neneknya, Salmah Sehan, 77; anak mereka, Cahaya Malaika dan seorang pembantu rumah sedang tidur di dalam banglo tersebut. Bagaimanapun, kesemua mereka tidak cedera.

Menurut Kosmo, kejadian berlaku kira kira jam 4 pagi selepas Mawi pulang dari jelajah ABPBH dari Johor Bahru. 

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

 

Ekin ditolak perompak

Mawi diacukan parang, Ekin diacukan pisau dalam kejadian rompak oleh warga Indonesia

Mawi diacukan parang oleh perompak

Banglo tersebut mempunyai lima bilik.

Difahamkan, dua jam sebelum kejadian, Mawi baru tiba dari Johor Bahru untuk mempromosikan majlis Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Mengimbau semula kejadian itu, Mawi memberitahu, dia terjaga selepas pintu biliknya diketuk kuat oleh perompak tersebut sebelum Ekin bangun untuk membuka pintu kerana menyangka Salmah yang berbuat demikian.

Katanya, apabila pintu dibuka, tiga daripada empat perompak yang memakai serba hitam dan bertopeng itu terus mengacukan pisau ke leher isterinya dan meminta barang kemas.

“Suspek kemudian menolak Ekin ke atas katil sebelum mengikat tangan dia dan ibu mertua saya menggunakan wayar pengecas telefon bimbit. Salah seorang suspek pula mengikat kaki dan tangan saya sebelum menutup muka saya dengan baju.

“Mereka kemudian mula menggeledah bilik sebelum melarikan rantai nenek, wang, serta empat buah telefon bimbit jenis BlackBerry dan Nokia yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000,” cerita juara Akademi Fantasia musim ketiga itu.

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

Loading...

Leave a Reply