Ibu tunggal mahu ambil balik tiga anak yang diabaikan di rumah perlindungan JKM

 

 

Anak terabai di rumah perlindungan JKM

 

Seorang ibu tunggal berusia 31 tahun, Noor Hamidahwati Abdul Hamid mendakwa tiga anaknya yang ditempatkan di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kuantan, Pahang tidak dijaga dengan baik sejak setahun lalu. Oleh kerana itu, dia merayu kepada JKM supaya memulangkan anak anaknya semula. Kata ibu tunggal itu, dia rela memberikan anaknya makan nasi berlaukkan kicap setiap hari daripada melihat anak anaknya diperlakukan sebegitu rupa di JKM.

Menurut Harian Metro, ketika dia melawat anak anaknya di rumah perlindungan itu 10 Mac lalu, dia terkejut apabila mendapati fizikal anak anaknya sangat berbeza berbanding dulu.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Ibu tunggal rayu JKM pulangkan anak

Ibu tunggal mahu ambil balik tiga anak yang diabaikan di rumah perlindungan JKM

Ibu tunggal mahu ambil balik tiga anak yang diabaikan di rumah perlindungan JKM

Anak semakin kurus sejak ditempatkan di JKM

“Memang saya orang susah dan tak mampu jaga anak dengan baik, tapi saya tak sanggup lihat anak diperlakukan begitu. Jadi saya rayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pulangkan semula tiga anak saya.

“Saya lebih rela beri anak makan nasi berlauk kicap setiap hari daripada melihat mereka membesar dalam keadaan serba kekurangan di rumah perlindungan JKM.”

Itu rayuan seorang ibu tunggal, Noor Hamidahwati Abdul Hamid, 31 yang mendakwa tiga anaknya tidak dijaga dengan baik sejak ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak kelolaan JKM di Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Tiga anaknya yang mendapatkan perlindungan di situ ialah anak kedua, Muhammad Imran Hakim Abdullah, 9, Nur Fatin Nadiah, 7, dan Nur Hamzah Nadiah, 5, manakala anak sulungnya, Nur Aini Nadirah Abdullah, 11, tinggal bersamanya.

Noor Hamidahwati yang lebih mesra dengan panggilan Hamidah berkata, ketika mengunjungi tiga anaknya itu di rumah perlindungan berkenaan 10 Mac lalu, dia terkejut dan sedih apabila keadaan fizikal mereka berubah berbanding sebelumnya.

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

Loading...

Latest Comments

  1. Siti Rokiah July 7, 2012

Leave a Reply