
Bayaran Jozan RM 50,000 sejam
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlyn Wati menyifatkan cakap cakap mengenai bayaran yang dikenakan Jozan adalah RM50,000 mengarut dan satu fitnah. Jozan dianggotai oleh Johan dan Zizan dan kerjaya Johan diuruskan oleh isterinya, Ozlyn Wati. Ozlyn berkata, bayaran yang dikenakan oleh Jozan adalah setimpal dengan kualiti persembahan mereka tetapi tidaklah sampai RM50,000 sejam.
Menurutnya lagi melalui Mstar, gosip itu tersebar mungkin kerana ada pihak yang tidak puas hati dengan bayaran yang dikenakan oleh Jozan sebelum ini.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Johan dan Ozlyn Wati
Gosip dari orang tidak puas hati dengan Jozan
“Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.
Dalam pada itu, Ozlyn berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan harga melampau kepada pihak penganjur yang inginkan khidmat Jozan sebaliknya mereka boleh bertolak ansur mengenai perkara itu.
Ozlyn memberitahu, caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kualiti dan standard persembahan Jozan atas permintaan pengelola sesebuah acara.
“Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan.
“Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur,” ujarnya.
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 







