Gambar pondan bogel di lebuh raya gemparkan orang ramai

 

Pondan bogel merayau di lebuh raya

 

Pada mulanya, Anuar Borohan, 40 seorang petugas bilik kawalan trafik Duke menyangka dia melihat seorang wanita berambut panjang sedang berbogel di atas jalan raya melalui rakaman CCTV. Namun selepas diamati, ‘wanita’ itu rupanya seorang lelaki. Kejadian itu telah menggemparkan pengguna lebuh raya berkenaan.

Menurut Harian Metro, dia cuba memujuk pondan berkenaan keluar dari lebuh raya namun ditumbuk tiga kali hingga bibir berdarah.

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Gambar pondan berbogel atas lebuhraya Duke

Gambar pondan bogel di lebuh raya gemparkan orang ramai

Pondan bogel diserahkan kepada polis peronda

“Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.

“Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.

Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.

“Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.

“Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan,” katanya.

Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.

“Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.

“Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda,” katanya.

Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. sOoooooour says:

    sunat kan aje si pondan ni…..
    My recent post Cosplayer Tahap Hardcore

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site