“Aku dah bunuh isteri aku”, suami tikam bertubi tubi isteri hamil dua bulan

 

Suami bunuh isteri hamil

Seorang lelaki berusia 42 tahun bertindak kejam apabila dia menikam bertubi tubi isterinya yang hamil dua bulan hingga mati. Selepas membunuh isterinya, suspek menelefon rakan baiknya dan memaklumkan kejadian itu. Suspek dan isterinya, Suzila Sabtu berusia 27 tahun dikatakan baru setahun mendirikan rumah tangga. Punca kejadian masih belum diketahui.

Menurut Harian Metro, kejadian berlaku di  tingkat 8, Blok B, Pangsapuri Permai, Sungai Besi petang semalam.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Telefon rakan baik selepas bunuh isteri

"Aku dah bunuh isteri aku", suami tikam bertubi tubi isteri hamil dua bulan

Isteri hamil 2 bulan maut dibunuh suami sendiri

“Dia menelefon saya dan berkata aku dah bunuh isteri aku. Suaranya teresak-esak seperti menangis. dan selepas itu panggilan terputus,” kata rakan baik kepada seorang suami yang menikam isterinya bertubi-tubi hingga mati di rumah mereka di tingkat 8, Blok B, Pangsapuri Permai, Sungai Besi, petang semalam.

Rakan yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, sebaik menerima panggilan daripada suspek berkenaan yang berusia 42 tahun, dia terus bergegas ke rumah lelaki itu.

Menurutnya, sebaik tiba, dia mendapati rakannya itu berada di dalam rumah manakala isterinya yang sudah meninggal dunia dibalut dengan selimut dan diletakkan di ruang tamu. 

“Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang bekerja di bahagian kewangan sebuah syarikat swasta di Ampang dijemput suaminya yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan di ibu kota untuk pulang ke rumah.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

Apa komen anda?