Gangguan Bekalan Air Di Selangor Bakal Tamat 8 Malam Ini

Gangguan bekalan air di Selangor dijangka pulih  8 malam ini

Ini berita yang baru kami terima. Gangguan bekalan air yang melanda penduduk selangor dikatakan bakal berakhir pada 8 malam ini bersamaan dengan 15 Mac 2012. Perkara ini di katakan oleh Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halem Mat Som dimana air sudah mula disalurkan ke kolam-kolam utama di selangor

Menurut Harian Metro , masih terdapat beberapa kawasan lagi yang masih belum pulih. Jikalau ada yang memerlukan bekalan air menerusi tangki, penduduk boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) untuk mendapatkannya

 

  Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!   

 

Gangguan bekalan air di Lembah Klang dijangka pulih sepenuhnya 8 malam ini

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjangkakan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang ekoran kerja-kerja penyenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 pulih sepenuhnya pukul 8 malam ini.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halem Mat Som berkata kesemua pam di LRA telah mula beroperasi dan bekalan air mula disalurkan ke kolam-kolam utama sejak pukul 8 malam tadi.

“Pagi tadi semua kolam utama SYABAS telah mula stabil dan kebanyakan kawasan yang terlibat telah mula menerima bekalan air seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun beberapa kawasan sekitar Klang seperti Kampung Delik, Sungai Udang, Kampung Sungai Bertik, Jalan Yadi dan Kampung Idaman masih belum pulih.
Sejumlah 153 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air berjadual ekoran kerja-kerja penyenggaraan loji tersebut bermula pagi semalam.

Abdul Halem berkata mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. — BERNAMA

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site