Dirang Di Bunuh Kerana Dendam Dengan Nenek Mangsa

Punca Dirang Dibunuh

 

Disebabkan dendam dengan nenek Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, insan kecil ini dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini. Kejam dan sangat kejam, itulah yang boleh dilabel kan di atas perbuatan tidak berperikemanusiaan ini. Siapa sebenarnya yang berhati binatang ini ? supek dikatakan tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.

Menurut akhbar kosmo , Dirang dibunuh pada hari dirang hilang iaitu pada 1 mac 2012 dan dicekik sebaik sahaja diculik ketika Dirang pergi ke kedai

  Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!   

Dirang dibunuh pada hari hilang

 Milnah (baju putih) bersama ahli keluarga sedih

melihat lubang tempat mayat Dirang (gambar kecil)

dibakar di Nusa Damai, Masai, Johor Bahru semalam.

 

JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

Apa komen anda?