Mayat kanak kanak 5 tahun, Dirang dibakar lebih dari 5 hari hingga sukar dicam

 

Kanak kanak 5 tahun hilang beli mee segera dibunuh dan dibakar

 

Semalam, sebaik sahaja berita mengenai penemuan rangka rentung di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai adalah disahkan milik Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang tersebar, seluruh masyarakat turut dapat merasakan rasa sedih dan terkilan. Kerana dendam, kanak kanak berusia 5 tahun menjadi mangsa dengan begitu tragis. 

Menurut Harian Metro, mayat Dirang dipercayai dibakar selama lebih 5 hari sehingga menyukarkan kerja pengecaman mayat dibuat. Semoga si pembunuh mendapat pembalasan setimpal. 

  Teknik Wang Pantas Percuma !!!  

  Nak menang iPhone 4s? Jom main kuiz KLMU ni! Confirm senang je!  

  Pengakuan PANAS pelajar kolej Malaysia!! 

  Jom berkumpul ramai ramai 30/3/2012 ini untuk Earth Hour!  

  Pelajar kolej Segi trauma diserang Gorilla! 

Dirang dibunuh dan dibakar secara kejam

Mayat kanak kanak 5 tahun, Dirang dibakar lebih dari 5 hari hingga sukar dicam

Rangka Dirang sukar dicam kerana terlalu teruk terbakar

“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.

“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.

Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.

  Nak menang 3 buah kereta? Datang saje ke Proton Power of 1 Show ni, maklumat lanjut di sini!  

  Nak jumpa Jessie J? Nak peluang untuk berjumpa depan mata dengan penyanyi Price Tag ini?  

  Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!   

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site