Bantuan kepada lelaki OKU diberhentikan kerana dia menyokong parti lain

 

BN henti bantuan kepada OKU kerana sokong pembangkang

 

Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang  menegaskan tindakannya mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat menghentikan bantuan kebajikan kepada pekebun kurang upaya, Frusis Lebi sebagai betul. Katanya, sebagai pemimpin yang mempunyai prinsip dia tidak akan menarik balik apa yang diarahkan itu.

Menurut sumber, bantuan itu dihentikan kerana Frusis Lebi menyokong dasar pembangkang secara terbuka didakwa menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang

 

  Teknik Wang Pantas Percuma !!!  

  Nak menang iPhone 4s? Jom main kuiz KLMU ni! Confirm senang je!  

  Pengakuan PANAS pelajar kolej Malaysia!! 

  Jom berkumpul ramai ramai 30/3/2012 ini untuk Earth Hour!  

  Pelajar kolej Segi trauma diserang Gorilla! 

 

Bantuan kebajikan OKU ditarik balik kerana sokong dasar pembangkang

Bantuan kepada lelaki OKU diberhentikan kerana dia menyokong parti lain?

Bantuan kepada lelaki OKU diberhentikan kerana dia menyokong parti lain?

Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang pertahan tindakan henti bantuan OKU

 

“Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak,” katanya dipetik akhbar itu.

Dalam surat yang mengarahkan supaya bantuan itu ditarik balik, Mong (gambar) berkata lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu, menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, beliau juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

Sejak surat itu tersebar di Facebook, ramai warga maya membidas pemimpin BN itu kerana didakwa menindas orang kurang upaya.

Bagaimanapun, Mong, yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), semasa dihubungi The Sun berkata, Frusis tidak sepatutnya diberikan bantuan kebajikan kerana “beliau mampu menanam padi dan menunggang motosikal  seperti manusia normal.”

Frusis, Jumaat lalu, membuat laporan polis di Sri Aman berhubung  bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan dan subsidi baja dan benih pokok buah-buahan daripada Jabatan Pertanian yang dihentikan tanpa alasan munasabah itu.

Menurut pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu, sepanjang ingatannya, rumahnya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi pembangkang.

Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Beliau dipercayai menyokong parti pembangkang berikutan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang didakwa mencerobohi tanahnya dan penduduk tempatan yang lain.

 

P/S : ramai yang menentang tindakan Menteri terbabit kerana dikatakan tidak adil, apa pendapat korang?

 

  Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!   

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

Loading...

Latest Comments

  1. solo_wing March 9, 2012

Leave a Reply