Jakim sahkan hukum minum kopi luwak – kopi tahi musang adalah harus

Hukum minum kopi luwak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-98 yang bersidang 13 hingga 15 Februari lalu membuat keputusan hukum minum ‘kopi tahi musang’ atau kopi luwak adalah harus, dengan syarat biji kopi terbabit masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam, serta biji kopi perlu disucikan terlebih dulu daripada najis.

Menurut Harian Metro, kopi luwak yang dihasilkan perlu mendapatkan sijil pengesahan halal daripada Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (Main) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

  Teknik Wang Pantas Percuma !!!  

 Nak tengok Jessie J secara live? INI caranya! 

  Anda lepasan SPM/ ke atas dan nak cari biasiswa untuk sambung study? Di sini ada jawapannya!  

  Jom berkumpul ramai ramai 30/3/2012 ini untuk Earth Hour!  

Kopi luwak harus

Hukum minum kopi luwak - kopi tahi musang adalah harus

Pilih makanan yang baik

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam, turut memutuskan kopi luwak yang dihasilkan perlu mendapatkan sijil pengesahan halal daripada Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (Main) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

“Selepas meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah menegaskan, Allah memerintahkan umat-Nya supaya memilih rezeki halal dan makanan baik.

“Muzakarah juga berpandangan, kaedah fiqhiyyah (fiqah) menetapkan, hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi tidak ada dalil muktabar (dalil kuat) yang mengharamkannya.

“Ulama fiqh muktabar menjelaskan, mana-mana bijian yang dimuntahkan haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan itu, selagi mana ia tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, selaras dengan penegasan dan pandangan itu, muzakarah bersetuju memutuskan biji kopi Luwak bersifat mutanajjis dan harus dijadikan bahan minuman. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, orang ramai dinasihat menghentikan sementara aktiviti meminum kopi luwak sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum atau sebaliknya.

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!   

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

  Tentang Cinta!  

  Telekung buat Mama?  

Apa komen anda?