Ustaz Badrul Amin sedia undur diri jika isu khalwat memudaratkan parti

 

 Ustaz Badrul Amin sedia undur diri dari PKR

Dr Badrulamin BahronAhli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang baru baru ini dikaitkan dengan kes khalwat berkata beliau sedia undur diri dari parti jika isu khalwat itu memudaratkan. Beliau yang juga Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor menegaskan walaupun keputusan itu belum muktamad, beliau memang sudah menimbang untuk berehat dari memegang sebarang jawatan dari parti.

Menurut Berita Harian, beliau tidak mahu mengheret perjuangan parti dalam masalah yang dihidapinya. 

  Teknik Wang Pantas Percuma !!!  

  Bila nak bayar bil, top up handphone dan beli barang tak payah beratur lagi!  

  Apesal dorang ni sambut Valentines pada 18 February pulak???   

Isu khalwat Ustaz Badrul Amin

Ustaz Badrul Amin sedia undur diri jika isu khalwat memudaratkan parti

Tidak mahu isu khalwat jejaskan parti

Saya sudah menimbang untuk berehat daripada jawatan parti dan negeri sebelum keluar cadangan dari Pejabat Menteri Besar Selangor (untuk bercuti)..cuma saya belum buat apa-apa keputusan kerana perlu bertanya kepada kawan-kawan.

Sekiranya saya mengambil keputusan untuk berehat ia bukan kerana tekanan mereka tetapi ini pilihan saya. Saya berfikir beginilah sekiranya ada perkara yang boleh memudaratkan jemaah kita atau institusi yang kita wakili janganlah mereka mudarat, biarlah saya mudarat seorang, katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi keterangan hampir tiga jam di Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini berhubung kes khalwatnya bersama seorang wanita di sebuah hotel di Balok, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi, Sabtu lalu. 

Badrulamin tiba di pejabat JAIP kira-kira jam 2.40 petang ditemani isteri pertamanya, Zumrah Husni serta peguam, Mohamed Sazali Aziz dan Ahmad Nizam Abdul Hamid menaiki sebuah Toyota Camry

Wanita yang dikata berkhalwat dengan Badrulamin tiba kira-kira 20 minit kemudian.

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!   

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

  Tentang Cinta!  

  Telekung buat Mama?  

Speak Your Mind

*