Lisa Surihani buka hati Yusry untuk percayakan cinta semula

 

Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

 

Semalam, telah berlangsung majlis pernikahan Lisa Surihani dan Yusry KRU. Pada 26 Februari 2012 ini pula akan diadakan majlis resepsi kedua dua belah pihak di PICC. Kami dah pun kongsikan gambar pernikahan Lisa Surihani dan Yusry KRU. Manakala video perkahwinan mereka pun ada kami kongsikan. 

Menurut Mstar, Lisa Surihani telah berjaya membuat Yusry percaya kembali kepada cinta setelah perkahwinan pertamanya dengan Erra Fazira dulu gagal. Walaupun begitu, Erra Fazira dan Yusry bercerai secara baik dan mereka tidak bermusuh. 

  Teknik Wang Pantas Percuma !!!  

  Bila nak bayar bil, top up handphone dan beli barang tak payah beratur lagi!  

  Apesal dorang ni sambut Valentines pada 18 February pulak???   

Lisa berjaya buka pintu hati Yusry

Lisa Surihani buka hati Yusry untuk percayakan cinta semula

Keistimewaan Lisa Surihani pada mata Yusry KRU

Anggota kumpulan KRU iaitu, Yusry Abdul Halim mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan pelakon Erra Fazira enam tahun lalu.

Yusry, 39, bagaimanapun berkata, perasaan itu berubah selepas bertemu dengan pelakon Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya.

“Jujur saya katakan bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta lagi selepas kegagalan pekahwinan saya dulu. Tetapi Lisa telah mengubah pendirian saya itu sehingga membawa kami kepada ikatan perkahwinan.

“Dia adalah insan yang telah berjaya membuka pintu hati saya dan saya amat bersyukur dengan anugerah itu,” ujarnya selepas selesai upacara akad nikah di Hotel Marriot di sini pada malam Khamis.

Tambah Yusry, dia jatuh cinta dengan Lisa kerana kebolehan wanita berusia 26 tahun itu bergaul dengan orang tua, pandai melayan karenah kanak-kanak dan kesempurnaan Lisa pada pandangan matanya.

Dalam pada itu, Lisa ketika ditemui memberitahu Yusry telah melengkapkan kehidupan beliau sebagai seorang wanita dan selesa bersamanya.

Ujarnya, Yusry telah mengajarnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan sempurna selain tertawan dengan sifat rendah diri lelaki tersebut.

“Daripada awal hubungan kami bukan main-main dan pada ketika itu juga saya tahu dia adalah lelaki yang tepat untuk saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pasangan pengantin baru ini bakal menjelajah ke benua Eropah untuk berbulan madu.

Yusry berkata, mereka akan berangkat ke sejurus selepas selesai majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.

“Kami berdua akan berlepas ke Switzerland terlebih dahulu sebelum menjelajah ke tempat lain dengan menaiki kereta,” ujarnya.

Tambahnya, mereka memilih negara Eropah kerana sukakan cuaca sejuk dan akan berbulan madu selama dua minggu.

Ditanya mengenai soal anak, kedua-dua mereka berharap akan dikurniakan anak secepat mungkin.

“Jika boleh saya mahu empat orang cahaya mata,” ujar Lisa.

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!   

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

  Tentang Cinta!  

  Telekung buat Mama?  

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. shidah says:

    tahniah both of you…saya suka gan lisa, erra n yusry…but to yusry pls la jdn kuarkan statement mcm tu lagi….seolah2 erra la penyebab perceraian yg dulu…..u all berdua je yg tau….sedih sangat masa u all divorce….kehidupan ari ni br nk bermula…tp kehidupan yg dulu adakah x ada langsung yg indah untuk yusry kenangkan?

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site