Tangan mangsa terputus ditetak penyamun berjaya disambung

 

Lapan jam ambil masa sambung tangan terputus

 

Sekumpulan doktor Hospital Gleneagles mengambil masa kira kira 8 jam untuk menyambung semula pergelangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus setelah ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya di Jalan Ampang. Mangsa yang sempat melarikan diri memandu sendiri ke Hospital Gleneagles sejauh kira kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Menurut Harian Metro, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne mengambil keputusan dan mendesak pasukan perubatan supaya mencari tangan yang terputus itu kerana percaya ia dapat diselamatkan. Mereka mengambil masa kira kira setengah jam untuk mencari tangan yang terputus itu. 

  Jom bercuti bersama si dia!   

  Siapa Zamri Baba dengan Petronas??  

 Volkswagen offer free services untuk 3 tahun dan free RM500 kad Touch n Go??  

Tangan terputus ditetak penyamun berjaya disambungkan

Tangan mangsa terputus ditetak penyamun berjaya disambung

Mangsa tangan putus stabil

“Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan.

“Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.

“Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya,” katanya.

Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.

Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.

“Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit,” katanya.

Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap.

Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.

“Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.

“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa,” katanya.

Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.

 

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!   

  Kalau ada hantu datang ke rumahm, siapa u nak panggil?? 

  Tentang Cinta!  

  Telekung buat Mama?  

Loading...

Leave a Reply