Khairul Fahmi dan Dahlia Teck putus kerana Leuniey? | Penafian bekas tunang Leuniey Natasha

Khairul Fahmi dan Dahlia Teck putus kerana Leuniey

Nampaknya kontroversi dan skandal penjaga gol sensasi Malaysia yang menjadi rebutan para wanita, remaja, makcik makcik dan nenek nenek belum lagi habis. Selepas reda seketika dari isu melibatkan soal hubungan bersama perempuan selepas dia dihadiahkan kejutan hari jadi oleh Dahlia Teck, semalam timbul satu lagi nama perempuan dalam hidup Khairul Fahmi iaitu Leuniey Natasha. Mak aih nama! 

Segalanya bermula dengan baik buat Khairul Fahmi sejak namanya muncul menjadi wira selepas Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010. Tetapi sejak dia memutuskan tunang dengan Elia, namanya mula menjadi bahan kontroversi. Kes abang angkat bersama Dahlia Teck, penyebaran gambar, kontroversi Shida Harmi dan kali ini, Leuniey didakwa memutuskan tunang selepas melangsungkan pertunangan 2 minggu kerana tergila gila kan Apex. 

 Teddy Bear murah, murah,murah!   

  Nak tau cara gandakan angpau dan duit anda dengan M2U savers??  

   Apakah yang telah terjadi kepada Teddy Bear ini sehinga dia jadi macam ni???  

Pada mulanya, gosip tentang Leuniey ini tersebar daripada akaun Twitter bernama @MahsiH2. Kalau nak tengok screenshot akaun Twitter tu ada kami lampirkan sekali menerusi blog Rotikaya

Gambar Leuniey Natasha

Khairul Fahmi dan Dahlia Teck putus kerana Leuniey? | Penafian bekas tunang Leunieygambar MediaMalaya

Apex dan Dahlia Teck

Khairul Fahmi dan Dahlia Teck putus kerana Leuniey? | Penafian bekas tunang Leuniey

Leuniey tidak putus tunang kerana Khairul Fahmi

Gosip perpisahan Khairul Fahmi dan Dahlia Teck mula muncul setelah ramai melihat mereka tidak saling mention di Twitter sejak pertengahan Januari 2012. Berikut pula merupakan penafian bekas tunang Leuniey yang bernama Hisham berkenaan punca mereka putus tunang menurut Beautifulnara

Kata bekas tunang Leuniey:-

Bekas tunang tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan kerana Khairul Fahmi. Bekas tunang memutuskan pertunangan tanpa memberitahu sebabnya. Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan.

Ditanya adakah dia mempunyai kaitan dengan twitter @MahsiH2, bekas tunang Leuniey memberitahu:-

Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang.

  Rahsia kuku cantik! Bersinar bak permata   

  Volkswagen dengan free roadtax dan insuran kereta! Wow  

   1000 SMS free sehari ?? Sape takmau!  

 

Apa komen anda?