[Terbakor Hiburan] Dafi difitnah meninggal dunia!

 

Dafi difitnah, dikatakan meninggal dunia

Selepas pemergian Allahyarham Izwan Pilus yang meninggal akibat jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus, tersebar khabar angin mengenai seniwati Azean Irdawaty yang dikatakan  telah meninggal dunia. Ternyata ia adalah sesuatu berita yang palsu dan tidak berasas. Kemudian, penyanyi kelahiran program realiti TV Akademi Fantasia, Dafi pula difitnah meninggal dunia. 

Menurut Media Hiburan, berita palsu mengenai kematian Dafi disebarkan di Twitter kira kira jam 8 malam. 

  Mari makan biskut Julie’s..nyum nyum!  

  Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui!   

 Dengan 5 dollar boleh selamatkan terumbu karang? Macam mana? 

Berita kematian Dafi hanya khabar angin

[Terbakor Hiburan] Dafi difitnah meninggal dunia!

Berita palsu kematian Dafi tersebar di Twitter

“Memang terkejut bila ada yang mengatakan saya meninggal dunia sedangkan saya kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. Saya dapat tahu cerita tersebut daripada salah seorang kelab peminat saya.

“Bila baca apa yang disebarkan itu, saya ketawa dan anggap ia perkara lucu. Namun, saya tetap berfikiran positif dan berdoa semoga saya panjang umur,” kongsi Dafi yang dihubungi MH Online.

Ditanya pula bagaimana reaksi ahli keluarganya, kata Dafi;

“Saya sendiri memaklumkan mereka berkenaan hal tersebut. Dan mereka sendiri tergelak cuma kesal kenapa masih ada pihak yang cuba menyebarkan cerita yang tidak betul. Soal mati bukan perkara main-main.”

Dafi yang berada di Jakarta sehingga Rabu ini turut berpesan agar fitnah sedemikian dihentikan.

“Jika tidak suka saya sekalipun, janganlah fitnah dengan cerita sedemikian,” katanya ringkas.

  Rahsia kuku paling cantik!  

  Bayangkan kereta bertukar jadi macam naga ketika jalan jem?  

  Bosan? Meh tengok flashmob Malaysian Airlines yang sangat gempak ni!   

 

Loading...

Leave a Reply