[Terbakor Dunia] Gadis dikurung bapa selama 10 tahun dalam bilik mandi, hanya diberi makan roti

 

 

Gadis dikurung bapa dalam tandas selama 10 tahun

 

Baraa Melhem, seorang gadis Palestin berusia 21 tahun memberitahu media bahawa dia dikurung bapanya di dalam bilik air selama 10 tahun. Dia hanya dibebaskan setiap hari pada jam 1 pagi hingga 4 pagi untuk membersihkan rumah. Selain itu, dia juga sering dipukul dan kerap disuruh membunuh diri oleh bapanya. Ketika mula mula dikurung, Baraa Melhem berusia 11 tahun. 

Bapanya, yang memiliki kewarganegaraan Israel ditahan polis dan dijadualkan dihadapkan ke mahkamah hari ini. Menurut Harian Metro, lelaki kejam itu mengaku mengurung anaknya atas alasan masalah keluarga. Dia juga mengaku memberi Baraa roti sebagai makanan utama. 

  Mari makan biskut Julie’s..nyum nyum!  

  Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui!   

 Dengan 5 dollar boleh selamatkan terumbu karang? Macam mana? 

Gambar Baraa Melhem

[Terbakor Dunia] Gadis dikurung bapa selama 10 tahun dalam bilik mandi, hanya diberi makan roti

Baraa Melhem dicukur rambut dan bulu kening

Baraa juga dilarang ke sekolah atau bertemu ibunya yang diceraikan bapanya sebelum itu.

“Bapa mencukur kepala dan bulu kening saya.

“Dia hanya membenarkan saya mandi sekali sebulan,” katanya.

Hala berkata, Baraa sering dipukul dengan belantan dan wayar, selain hanya diberi satu selimut untuk memanaskan badan.

“Bilik mandi itu hanya seluas satu setengah meter dan ia kelihatan seperti bilik kurungan,” katanya.

Menurut Hala, Baraa hanya dibenarkan keluar dari bilik mandi itu pada jam 1 pagi hingga 4 pagi untuk mencuci rumah.

Dia juga, kata Hala, selalu menggalakkan Baraa membunuh diri.

“Satu-satunya hubungan Baraa dengan dunia luar adalah radio,” katanya.

  Rahsia kuku paling cantik!  

  Bayangkan kereta bertukar jadi macam naga ketika jalan jem?  

  Bosan? Meh tengok flashmob Malaysian Airlines yang sangat gempak ni!   

Loading...

Latest Comments

  1. eva January 25, 2012

Leave a Reply