Lelaki berkahwin dengan mayat teman wanita
Seorang lelaki dari Thailand yang dikenali sebagai Chadil Deffy atau Deff YingYuen menganjurkan upacara pengkebumian dan perkahwinan serentak untuk teman wanita yang mati mengejut kerana kemalangan. Lelaki itu berbuat begitu juga adalah kerana dia merasa bersalah terhadap teman wanitanya kerana selalu menangguhkan perkahwinan mereka.
Berita ini pelik tapi sangat sedih bagi Terbakor. Tidakkah korang rasa korang perlu menghargai seseorang yang istimewa di sisi korang sementara dia masih bersama kita? Bila dah mati mengejut macam ni, menyesal beb! Jadi hargailah si dia.
Mari makan biskut Julie’s..nyum nyum! 
Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui! 
Nak lulus Temuduga Jururawat dengan mudah? 
Rahsia kuku paling cantik! 
Jalankan upacara pengkebumian dan perkahwinan serentak
Sibuk dengan kerjaya, lupakan kekasih
Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.
Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.
Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.
Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.
Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.
Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.
Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga.
Iklan Tahun Baru Cina 2012 Petronas yang pasti buat kita terharu! 
Bayangkan kereta bertukar jadi macam naga ketika jalan jem? 
Bosan? Meh tengok flashmob Malaysian Airlines yang sangat gempak ni! 
![kahwin dengan mayat [Terbakor Dunia] Cinta sejati sampai mati, lelaki berkahwin dengan teman wanita yang sudah mati1](http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/01/kahwin-dengan-mayat.jpg)

