
Azwan Ali ugut bunuh Umi Hafilda dalam Twitter
Azwan Ali dulu dikenali sebagai pengacara yang terkenal pada era 90 an kalau tak silap Terbakor. Yang paling kontroversi Terbakor ingat adalah kes gaduh antara dia dengan pengacara Aznil Hj Nawawi. Mereka dulu bersahabat baik, tapi oleh kerana satu peristiwa yang kami kurang pasti, mereka bergaduh. Azwan Ali juga makin dikenali pada era ini oleh kerana perubahan penampilannya yang daripada lelaki sejati, bertukar kepada lembut.
Makin hari, Azwan Ali makin terkenal dengan sikap laser dan mulut lepas yang menggangu banyak pihak. Jika dulu, kata kata kesat terhadap ramai pihak dikeluarkan melalui blog Azwan Ali, tapi kini dia menggunakan medium Twitter pula. Baru baru ini, Azwan Ali buat kontroversi lagi dengan mengeluarkan kata kata kesat terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir. Melalui Harian Metro, sekarang, dia disiasat polis pula atas tweetnya yang berbaur ugutan terhadap adiknya, Ummi Hafilda. Ai, Azwan Ali, macam macam lah!
Cocoaphilia coklat paling sedap! ![]()
Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui! 
Panduan Kesihatan Khas untuk Ibu Hamil! 
Umi Hafilda lapor polis kes ugut Azwan Ali
Ugutan bunuh Azwan Ali dalam Twitter
Mendedahkan perkara berkenaan, Umi Hafilda berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.
“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.
“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini…kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.
“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Selak Raja Lawak 6, the best! 
Nak lulus Temuduga Jururawat dengan mudah? 
Buat income di Twitter tanpa modal! 

![azwan ali ugut [Terbakor Berita] Azwan Ali disiasat polis kes ugut bunuh adik sendiri, Ummi Hafilda](http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/01/azwan-ali-ugut.jpg)
![azwan+ali+ditahan [Terbakor Berita] Azwan Ali disiasat polis kes ugut bunuh adik sendiri, Ummi Hafilda](http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/01/azwan+ali+ditahan.jpg)






Nampaknya zaman sekarang dah main bakor membakor lah ya? Isy3.
My recent post Taiping BES.Saksikan Klip Videonya.
gitu ler gamaknya..haha