[Terbakor Berita] Polis bebas pelajar USM ugut bom helikopter Najib

 

 

Pelajar USM ugut bom helikopter Najib

 

Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditahan polis semalam akibat daripada status Facebooknya yang berbaur ancaman terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan hari ini selama sebulan menurut Berita Harian. Sebelum ini, pelajar lelaki berusia 24 tahun itu yang mengambil jurusan kejuruteraan didapati mengeluarkan status Facebook berbaur ugutan kepada Perdana Menteri

 

 Cocoaphilia coklat paling sedap!   

  Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui!   

  Panduan Kesihatan Khas untuk Ibu Hamil!  

Pelajar USM ugut bom Najib dibebaskan dengan jaminan polis

[Terbakor Berita] Polis bebas pelajar USM ugut bom helikopter Najib

Pelajar USM ugut Najib berniat bergurau

Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

“Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini,” katanya selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

“Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain. 

“Perkara seperti ini satu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia membabitkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga,” katanya.

Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir subversif.

 Selak Raja Lawak 6, the best!  

  Nak lulus Temuduga Jururawat dengan mudah?  

  Buat income di Twitter tanpa modal!  

Loading...

Latest Comments

  1. ohcikgu January 17, 2012

Leave a Reply