[Terbakor Hiburan] Rozita Che Wan mohon maaf isu pemakaian skirt pendek, cuma ikut tema

 

 

 

Gambar Rozita Che Wan pakai mini skirt tersebar

 

Dua tiga hari ni, kecoh di Internet tentang penyebaran gambar Rozita Che Wan yang dikatakan terlalu seksi dan tidak kena pada umur ketika di majlis sambutan hari jadi pelakon Ryzal Jaafar. Gambar gambar itu menjadi bahan komen negatif masyarakat kerana ia dikatakan sangat tidak kena dengan umur Rozita yang bukan lagi remaja serta sudah mempunyai dua orang anak yang meningkat dewasa.

Bagi Rozita, dia tidak tahu mengapa hanya dia yang diperkatakan sedangkan ramai lagi artis yang memakai pakaian serupa pada majlis itu. Katanya lagi, dia hanya mengikut tema Kpop yang diberikan penganjur majlis. Dia juga memohon maaf andainya perkara itu menyinggung perasaan peminatnya. 

 

 

 

Rozita cuma ikut tema Kpop

Rozita minta maaf, tak mahu isu diperbesarkan

“Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

 

 

 

sumber maklumat : Berita Metro @ Harian Metro Online

 

 

 

Loading...

Leave a Reply