Hattan cerai kali kedua
Semalam, peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penceraian penyanyi Hattan dan isterinya (bekas isteri) Farah Asyikin Othman. Kes penceraian Hattan agak kontroversi apabila pada mulanya apabila seorang wartawan hiburan bernama Nizam mengeluarkan artikel yang Hattan telah bercerai talak tiga dengan Farah. Namun dakwaan itu disangkal Hattan. Memang sebenarnya apa yang dikatakan oleh wartawan itu tidak benar.
Hattan semalam, menceraikan Farah Asyikin Othman pada kira kira pukul 11.30 pagi di mahkamah. Kata Hattan, mereka bercerai secara baik dan atas persetujuan bersama. Namun, penyanyi yang popular dengan lagu Biso Bonar ini menafikan orang ketiga adalah punca dia menceraikan Farah. Bagi Terbakor, tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai kan? Apa apa pun, kebanyakkan lagu Hattan memang sangat nostalgia dan best.
Cocoaphilia coklat paling sedap! ![]()
Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui! 
Panduan Kesihatan Khas untuk Ibu Hamil! 
Perkahwinan kedua Hattan hanya bertahan dua bulan
Hattan dan bekas isteri gagal capai kesefahaman
Beliau sebaliknya menegaskan, perceraian tersebut disebabkan kegagalan mereka memahami dunia masing-masing yang berbeza.
Hattan, 48, mengakui dalam tempoh tersebut, beliau dan isteri cuba berusaha untuk mendampingi antara satu sama lain sebaik mungkin tetapi gagal.
“Perceraian kami bukan kerana orang ketiga atau tertekan didakwa bercerai talak tiga.
“Sebagai individu yang pernah berkahwin, kami berusaha untuk cuba mendampingi satu sama lain dengan sebaik mungkin serta memahami dunia kami yang berbeza namun ia tidak berjalan seperti yang dirancang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Hattan atau nama sebenarnya Shukri Sahabudin bernikah dengan Farah, seorang ahli perniagaan, dua bulan lalu iaitu pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi itu di Seri Menanti, Negeri Sembilan.


