[Terbakor Berita] Rumah Wardina Safiyyah dirompak, suami dipukul

 

Rumah Wardina dirompak! 

 

Rumah Wardina Safiyyah, bekas pengacara MHI TV3 yang didiami bersama suami dan anak anaknya dirompak awal pagi ini. Wardina dan keluarganya melalui detik cemas apabila tiga lelaki dipercayai warga Indonesia bersenjatakan parang, pisau dan tongkat memecah masuk ke kediamannya . Suami Wardina turut dipukul perompak itu. Lima komputer riba milik mereka juga dibawa lari. 

Kami meminta agar penduduk penduduk di luar sana supaya berhati hati dengan kegiatan rompakan yang giat berlaku menjelang sambutan Tahun Baru Cina ini. Harta benda yang hilang boleh diganti, tapi kalau nyawa yang hilang? Anak anak Wardina dikatakan masih trauma dan muntah muntah. 

 

 


 Cocoaphilia coklat paling sedap!   

  Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui!   

  Panduan Kesihatan Khas untuk Ibu Hamil!  

 

 Tweet Wardina Safiyyah[Terbakor Berita] Rumah Wardina Safiyyah dirompak, suami dipukul

 

 Wardina hilang lima laptop

 

Beliau yang terpaksa meminjam komputer bimbit jiran untuk berkomunikasi berkata, dia bersama anak-anak juga terpaksa bersembunyi di bawah selimut ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

“It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was hiding under the blanket with kids (Ia sungguh menakutkan melihat tiga lelaki bertopeng dengan membawa tongkat dan parang dalam rumah kami…(saya) bersembunyi di bawah selimut bersama anak-anak), takut sangat Ya Allah,” tweetnya kira-kira jam 5 pagi tadi.

Menurut Wardina, perompak terbabit telah melarikan beg berisi dokumen penting dan meminta orang ramai yang melihat kumpulan lelaki yang disyaki terbabit di sekitar Bukit Antarabangsa dan Ampang supaya melaporkan kepada polis.

Katanya, anggota polis juga telah sampai ke rumahnya untuk siasatan.

“Tolong hati-hati sekarang musim pencuri masuk rumah nak CNY (Tahun baru Cina) ni. Tengah redhakan hati..but we are very disturbed indeeed (tetapi kami amat terganggu),” 

 

 

  Nak lulus Temuduga Jururawat dengan mudah?  

  Buat income di Twitter tanpa modal!  

   Sape u nak panggil??? Datin Maimun!  

Loading...

Leave a Reply