Seorang ibu muda berusia 24 tahun yang membawa anaknya yang berusia setahun dicekup berkhalwat dalam Ops Cegah Maksiat Ambang Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Klang. Pasangannya, seorang duda berusia 29 tahun turut membawa anaknya yang berusia lima tahun. Dipercayai, tujuan mereka membawa anak masing masing adalah untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan sebagai cover line semasa mereka sedang berkhalwat.
Cocoaphilia coklat paling sedap! 
Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui! 
Panduan Kesihatan Khas untuk Ibu Hamil! 
Pada awal siasatan, pasangan itu mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi helah itu tidak menjadi selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan yang sah.
Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit untuk membuka pintu.
“Sebaik pintu dibuka, duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang, sementara ibu muda berusia 24 tahun itu memakai seluar ketat serta kemeja T di samping anak masing-masing yang tidur di atas katil.
“Mereka memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dai Pahang.
“Bagaimanapun, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri serta akan berkahwin tidak lama lagi,”
sumber : Mynewshub
![khalwat bawa anak [Terbakor Berita] Bawa anak jadi cover line semasa berkhalwat](http://terbakor.com/wp-content/uploads/2012/01/khalwat-bawa-anak.jpg)


mcm2lah zaman skarang nie..:(
dunia akhir zaman..