[Terbakor Hiburan] Gambar liar Bunga Citra Lestari tersebar lagi?

 

 

Beberapa gambar liar milik penyanyi dan pelakon top Indonesia, Bunga Citra Lestari tersebar lagi. Ramai yang memberi pendapat bahawa Bunga Citra Lestari masih belum berubah sikap biarpun dia sudah memiliki anak hasil perkahwinannya dengan aktor dari Malaysia, Ashraf Sinclair pada tahun 2008. Bunga dan Ashraf mempunyai seorang anak yang bernama Noah, lahir pada tahun 2010. 

  Nak satu Samsung Galaxy W? 

  Korang dah join ChurpChurp? Jom join sekarang dan start buat income. Best!  

 

[Terbakor Hiburan] Gambar liar Bunga Citra Lestari tersebar lagi?

Dalam sebuah laman sembang komuniti di Internet yang memuatkan foto berkenaan, turut disebut amalan berfoya-foya di kelab malam sudah menjadi kebiasaan BCL dari dulu hingga sekarang walaupun setelah memiliki anak.

Bagaimanapun, ketika wartawan Kapan Lagi mengesahkan mengenai kebenaran foto itu, pengurus BCL, Dody menafikan sekeras-kerasnya BCL gemar berfoya-foya di kelab malam.

Menurut Dody, laporan itu tidak benar sama sekali kerana ketika ini BCL sibuk menumpukan perhatian kepada anaknya, Noah.

Dia sibuk menguruskan anaknya sendiri , malah hingga kini dia masih menyusui anaknya.

Jadi, bagaimana dia boleh keluar berhibur di kelab pada waktu malam? “Mengapa media selalu melaporkan berita negatif, sedangkan kita selalu menganggap wartawan sebagai teman.

Seharusnya, kita saling bekerjasama menyebarkan berita yang positif,” kata Dody.

Daripada empat foto BCL yang tersebar di dunia maya itu, tiada satu pun menunjukkan tarikh tepat foto itu diambil.

Hal itu disebabkan oleh data yang menunjukkan tarikh gambar terbabit diambil sudah dipadamkan menggunakan perisian Adobe Photoshop pada 15 Disember lalu bersesuaian dengan tarikh gambar itu dimuat turun.

sumber : Berita Metro @ Harian Metro Online


  Jom tengok Spritzer Mini Dispenser yang comel ni!  

  Muzik video terbaru dari  Hot Chelle Rae yang  menjelajah bersama Boys Like Girls!  

 

 

Loading...

Leave a Reply