[Terbakor Hot] Tiada lagi Lembaga Penapisan Filem (LPF) mulai 2012

 

 

Sebelum ni, apa apa sahaja filem tempatan yang dikeluarkan perlu mendapat pengesahan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) dahulu sebelum ditayangkan kan? Tapi mulai tahun depan 2012, pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia tidak akan lagi menapis filem filem yang akan dikeluarkan, sebaliknya peranan menapis filem diserahkan bulat bulat kepada pihak produksi, pengarah dan penerbit filem tersebut. 

Jadi macam mana ni? Terbakor rasa lebih banyak sudut negatif yang akan timbul daripada perlaksanaan ini. Makin banyak lah adengan yang tidak menyenangkan di mata masyarakat nanti. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam menegaskan bahawa pihak produksi filem tidak seharusnya mengambil perkara ini sebagai satu kesempatan mudah untuk menghasilkan filem filem yang bercorak tidak baik kerana mereka sendiri yang akan menanggung kesannya nanti. 

 


  Nak satu Samsung Galaxy W? 

  Korang dah join ChurpChurp? Jom join sekarang dan start buat income. Best!  

 

[Terbakor Hot] Tiada lagi Lembaga Penapisan Filem (LPF) mulai 2012

 

 

“Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

“Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini,” katanya.

Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.

“Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.

“Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak,” katanya.

Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.

Terbakor : Rakyat perlu pandai menilai sendiri? Maknanya rakyat yang salah sebab tonton filem yang penerbit keluarkan???

sumber : Harian Metro Online

 

  Jom tengok Spritzer Mini Dispenser yang comel ni!  

  Muzik video terbaru dari  Hot Chelle Rae yang  menjelajah bersama Boys Like Girls!  

 

 

 

Loading...

Leave a Reply