[Terbakor Agama] Pondan, tomboy, pengkid dan gay dilaknat jika tak berubah

 

 

Persoalan mengenai golongan songsang ini dijawab oleh Ustaz Zahazan. Mari kita ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik. 

  Nak satu Samsung Galaxy W? 

  Korang dah join ChurpChurp? Jom join sekarang dan start buat income. Best!  

[Terbakor Agama] Pondan, tomboy, pengkid dan gay dilaknat jika tak berubah
AL-HAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Abu Daud dan lain-lain, daripada Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan.”

Dalam riwayat lain disebut: “Allah melaknat pondan dalam kalangan lelaki dan wanita yang (berlagak) seperti lelaki. Iaitu kalangan wanita yang menyerupai lelaki dalam hal pakaian dan tutur kata mereka.”

Fenomena tomboy dan pengkid adalah isu yang sepatutnya tidak diambil remeh dan sememangnya perlu ditangani. Tomboy iaitu perempuan yang berwatak atau berimej lelaki manakala pengkid adalah perempuan berwatak lelaki dan mempunyai keinginan dengan perempuan. Untuk mengenalinya, biasanya mereka berambut pendek serta memakai seluar jeans dan kemeja-T. Ada yang mengatakan sampai mengikat buah dadanya dengan kain agar kelihatan rata. 

Mereka cuba berlagak seperti lelaki dan berasakan mereka ini ada sifat kelelakian. Mereka cenderung untuk melakukan hubungan intim dengan perempuan. Ia berbeza dengan tomboy yang hanya menampilkan imej lelaki tetapi mereka masih mempunyai perasaan seperti perempuan biasa.

Berbalik kepada soalan saudari, jika seorang perempuan itu memakai pakaian yang biasanya dipakai oleh lelaki bererti ia sudah menyerupai lelaki dan tentu saja ia diancam oleh laknat Allah SWT dan Rasul-Nya. 

Bagi suaminya yang tidak menegurnya iaitu dia tahu tetapi kemudian rela keadaan itu berlaku pada isterinya dan ia tidak mencegah isterinya, maka suaminya juga mendapat laknat Allah SWT sama dengan isterinya. Ini disebabkan ia sudah diperintahkan untuk membimbing agar isterinya taat kepada Allah SWT dan mencegahnya daripada segala maksiat. Allah SWT berfirman dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…”

Ertinya, didik dan ajarlah mereka serta peliharalah mereka agar taat kepada Allah SWT dan cegahlah mereka daripada kemaksiatan sebagai kewajipan yang perlu dilakukan terhadap diri kamu sendiri. 

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan bertanggungjawab atas mereka di akhirat kelak.”

Dalam riwayat Muslim dan lainnya daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah akan rosaklah orang lelaki jika mentaati wanita.”

Oleh itu suami yang mempunyai isteri berwatak sedemikian, maka wajiblah beliau menegurnya tetapi hendaklah dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh, bawa isteri pergi ke majlis ceramah agama yang diadakan di masjid atau surau, hadiahkan isteri majalah atau buku yang berbentuk agama dan kewanitaan, belikan isteri pakaian wanita dan seumpamanya. Kewajipan menegur ini hendaklah dilaksanakan oleh pihak suami agar tidak ditimpa laknat Allah seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. Demikianlah wallahua’lam. 

sumber : Berita Harian Online

  Jom tengok Spritzer Mini Dispenser yang comel ni!  

  Muzik video terbaru dari  Hot Chelle Rae yang  menjelajah bersama Boys Like Girls!  

 

 

Apa komen anda?