[Terbakor Berita] Petronas tamat tajaan pelajar Malaysia, Ariff Alfian Rosli kahwin gay di Dublin

 

Kan baru baru ni tercetusnya kontroversi membabitkan seorang pelajar Malaysia yang dilaporkan hilang di Dublin, kemudian dia ditemui dengan gambar perkahwinan gaynya bersama seorang lelaki bernama Jonathan. Petronas berhubung dengan perkara itu mengeluarkan kenyataan telah menamatkan tajaan ke atas Ariff Alfian Rosli atas alasan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan serta melanggar syarat perjanjian pinjaman. Sekarang yang jadi mangsa untuk bayar balik pinjaman tu adalah siapa? Ibu bapa Ariff la. Hmm… 

  Nak satu Samsung Galaxy W? 

  Korang dah join ChurpChurp? Jom join sekarang dan start buat income. Best!  

 

[Terbakor Berita] Petronas tamat tajaan pelajar Malaysia, Ariff Alfian Rosli kahwin gay di Dublin

PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

berita penuh : Mynewshub

  Jom tengok Spritzer Mini Dispenser yang comel ni!  

  Muzik video terbaru dari  Hot Chelle Rae yang  menjelajah bersama Boys Like Girls!  

Loading...

Leave a Reply