[Terbakor Info] Dengan Draf Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011, IM boleh naik pangkat!

 

 

Kerajaan sedang merangka satu rang undang undang yang dikenali sebagai RUU ataupun Lembaga Juru Komputer Professional 2011 (Computer Professional Board 2011 – CPB 2011). Apa itu draf undang undang juru komputer professional 2011? Ia adalah mensyaratkan semua pihak yang ingin melibatkan diri dalam bidang pengkomputeran diwajibkan mendaftar dengan CPB 2011. Ia sama macam Bar Council untuk peguam dan MMC untuk pada doktor. 

  Nak satu Samsung Galaxy W? 

  Korang dah join ChurpChurp? Jom join sekarang dan start buat income. Best!  

 

[Terbakor Info] Apa kelebihan Draf Undang Undang Juru Komputer Profesional 2011 buat Internet Marketer?

Siapa yang diwajibkan mendaftar?

Mereka adalah semua pihak yang terlibat dalam perkhidmatan dan urusan jual beli komputer, perkakasan dan perisian termasuklah syarikat tunggal, perkongsian dan badan korporat. 

 

Tiga golongan di bawah CPB 2011

– Pengamal Perkomputeran Berdaftar

– Professional Pengkomputeran Berdaftar

– Penyedia Perkhidmatan Pengkomputeran Berdaftar

Apa kesan perlaksanaan CPB 2011?

Semua pihak yang terlibat dalam yang terlibat dalam Prasarana Maklumat Kritikal Kebangsaan – Critical National Information Infrastructure (CNII) TIDAK dibenarkan  menggunakan perkhidmatan pihak yang tidak berdaftar dengan CPB. Entiti CNII merangkumi bidang-bidang pertahanan dan keselamatan kebangsaan, perbankan dan kewangan, komunikasi dan maklumat, tenaga, pengangkutan, air, perkhidmatan kesihatan, kerajaan, perkhidmatan kecemasan, makanan dan pertanian. 

Kalau tak daftar apa hukumannya?

Sekiranya melanggar peraturan yang yang ditetapkan di bawah Akta CPB 2011, pihak yang berkaitan boleh didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Jadi..apa maknanya semua ni???

Maknanya, kalau seseorang Internet Marketer itu tidak berdaftar dengan CBP 2011, dia boleh ditangkap dan didenda. Kena ada sijil dan ijazah dulu, barulah seseorang Internet Marketer tu diiktiraf dan ‘sah’. 

Ha, jadi maknanya lagi…

Bill Gates dengan Mark Zuckerberg boleh ditahan kerana telah melanggar akta rang undang undang CPB 2011 ni! Sebab mereka takde sijil kelayakan komputer yang berdaftar gitu. 

Klik di bawah untuk baca rang undang undang CBP 2011

Rang Undang Undang CBP 2011

Hehe, jadi lepas ni, kepada sesiapa yang dah berdaftar tu boleh lah digelar juru komputer professional kan? Buat website buruk pun takpe, janji ‘professional’ dan boleh letak upah tinggi. Dan kiranya juga para Internet Marketers boleh lah letak gelaran IM depan nama mereka kan? Macam Dr jugak, kan professional tu. 😀 

sumber : Marhaen Info

  Jom tengok Spritzer Mini Dispenser yang comel ni!  

  Muzik video terbaru dari  Hot Chelle Rae yang  menjelajah bersama Boys Like Girls!  

Loading...

Leave a Reply