[Terbakor Sukan] Manchester United dan Manchester City tersingkir

 

Manchester City dan Manchester United tersingkir dan gagal mara ke pusingan kalah mati liga juara juara. Hmm, kecewa? 

[Terbakor Sukan] Manchester United dan Manchester City tersingkir

FINALIS musim lalu, Manchester United dan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City menerima nasib serupa apabila gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan, awal pagi tadi, United tewas 1-2 kepada Basel, sekali gus terpaksa merelakan kelab Switzerland itu mengiringi kelab Portugal, Benfica mara ke pusingan kalah mati dari Kumpulan C. Benfica muncul juara kumpulan selepas menewaskan Otelul Galati 1-0.

United yang hanya memerlukan seri untuk mengesahkan tempat di tangga kedua tewas menerusi dua jaringan tuan rumah oleh Marco Streller (9) dan Alexender Frei (84) sebelum jaringan Phil Jones (89) agak lewat untuk United menyamakan kedudukan.

City pula berjaya menundukkan Bayern Munich 2-0 di Etihad hasil jaringan David Silva (36) dan Yaya Toure (52), tetapi dikecewakan dengan keputusan satu lagi perlawanan Kumpulan A yang menyaksikan Napoli berjaya menewaskan Villarreal 2-0 untuk mengesahkan tempat kedua di belakang Bayern.

Dalam Kumpulan B, CSKA Moscow berjaya mengiringi juara kumpulan, Inter Milan selepas berjaya menewaskan kelab Itali itu 2-1, tatkala dua lagi pasukan yang turut berpeluang, Lille dan Trabzonspor sekadar seri 0-0.

Kumpulan D pula, Lyon mara selaku naib juara kumpulan selepas menang besar 7-1 ke atas Dinamo Zagreb, sekali gus berjaya memintas kedudukan Ajax hanya menerusi perbezaan gol selepas kelab Belanda itu tewas 0-3 kepada Real Madrid yang mengekalkan rekod enam kemenangan maksimum.

sumber : Mynewshub

Loading...

Leave a Reply