[Terbakor Filem] Adegan ranjang Maya Karin dan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu

 

Pergh tajuk! Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel popular karya Fauziah Ashari yang berjudul Ombak Rindu. Admin Terbakor sendiri dah baca novel tu dan ianya memang satu masterpiece. 1 Disember ini, filem Ombak Rindu akan memulakan tayangannya di seluruh pawagam di Malaysia. Dalam pada itu, timbul isu adegan ranjang yang dilakonkan oleh Maya Karin, iaitu watak Izzah dan Aaaron dalam filem tu, tapi kata Maya, adegan itu tidak melampau. Korang yang dah baca novel tu mesti tau macam mana kan? Hehe, sebab tu rasa tak sabar mahu menonton filem ini mula membuak buak. 

 

 

 

Dari pihak Aaron pula, dia tidak malu untuk mengakui bahawa ini adalah filem yang paling banyak airmata jantannya keluar. Bukan senang untuk membawa watak Hariz yang penuh dengan ego. Baginya, adegan intim antara dia dengan Maya adalah adegan yang paling sukar untuk dilakukan. Lisa Surihani pula kali ini membawa watak yang lain daripada yang lain. Watak Mila Amylia adalah watak antagonis yang berusaha meruntuhkan cinta Izzah dan Hariz. Kita nantikan tayangannya di pawagam 1 Disember nanti ya. 

 

 

credit : Kosmo Online

 

 

 

*Jom join Contest Komen dan Menang Jam Tangan Ion Terbakor, 5 pemenang setiap 2 minggu!*

 

 

 

Loading...

Leave a Reply