[Terbakor Hiburan] Isu lagu terbaik AIM 18 – “Saya malu terima trofi dari Yuna”, Anuar Zain

 

Semalam ada Terbakor post mengenai trofi Anugerah Lagu Terbaik AIM 18, iaitu Penakut nyanyian Yuna telah ditarik balik oleh penganjur AIM 18 kerana kesalahan teknikal. Ramai yang dah tahu tentang perkara itu mengutuk tindakan tidak professional pihak Anugerah Industri Muzik 18 sehingga artis menjadi mangsa. Anugerah Lagu Terbaik AIM 18 itu telah diberi kepada Anuar Zain dengan lagu Sedetik Lebih. Bagi Anuar Zain, dia menerima trofi itu dengan perasaan janggal kerana ia adalah perkara yang memalukan. Mesti di pihak Yuna dan Anuar Zain, mereka agak janggal dalam majlis sidang akhbar khas berhubung perkara itu kan? Tapi rasanya kedua keduanya telah berusaha sedaya upaya untuk menjadi professional. Kalau Terbakor ada di tempat Yuna… memang dah terbakor dah! 

[Terbakor Hiburan] Isu lagu terbaik AIM 18 - “Saya malu terima trofi dari Yuna", Anuar Zain

 “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

berita penuh : Berita Metro @ Harian Metro

Loading...

Leave a Reply