[Terbakor Sukan] Izzaq Faris Ramlan direhatkan sebulan

 

Akibat daripada kecederaan yang dialami dalam perlawanan separuh akhir bola sepak menentang Myanmar sukan sea 19 November 2011 yang lalu, penyerang skuad Harimau Muda negara, Izzaq Faris Ramlan terpaksa direhatkan selama sebulan. Kami harap agar kecederaan yang beliau alami cepat sembuh dan kembali meningkatkan prestasi permainan bola sepaknya.

 

[Terbakor Sukan] Izzaq Faris Ramlan direhatkan sebulan

 

“Saya sah tidak boleh bermain kerana lutut kiri saya lebam diasak oleh pemain Myanmar semalam (kelmarin).

“Ia memang menyedihkan buat saya kerana tidak dapat peluang beraksi di perlawanan akhir tapi saya gembira pasukan kita berjaya akhirnya ke saingan itu walaupun kita diletakkan dalam kumpulan A, yang dianggap saingan sukar,” katanya.

Pemain tinggi lampai ini yang terpaksa menggunakan kayu tompang, berkata dia turut terlepas peluang beraksi dalam saingan kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 selang dua hari kemudian bertemu Syria.

Malaysia akan bertemu negara teluk itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Doktor telah lihat kecederaan saya dan mereka kata kecederaan ini dijangka pulih sebulan ataupun lebih bergantung kepada diri saya,” katanya.

Pemain kelahiran Terengganu berusia 21 tahun ini cedera beberapa minit sebelum wisel penamat ditiup selepas dikasari pemain Myanmar yang menyaksikan Malaysia mara ke final setelah menang 1-0.

sumber : Berita Metro @ Harian Metro Online

gambar : amzcampro.blogspot.com

 

Loading...

Leave a Reply