[Terbakor Berita] Pondan suntik campuran simen dalam punggung wanita untuk cantik

 

Satu pesanan yang ikhlas buat kaum wanita dan lelaki di luar sana, kalau nak cantik jangan sampai merosakkan diri sendiri. Terbakor tak faham bagaimana mereka sanggup melakukan suntikan yang menyakitkan pada wajah hanya untuk kelihatan cantik. Kalau betul kesannya cantik takpe jugak, tapi banyak kes yang mendatangkan kesan lebih buruk. Macam mana tu?

Seorang pondan yang berlagak sebagai ‘doktor’ dituduh menyuntik campuran simen, minyak, pengedap tayar dan gam ke dalam punggung seorang wanita.

Wanita itu dipercayai turut membuat suntikan kosmetik ke atas dirinya sendiri. 

Oneal Morris 30, ditahan setelah wanita itu hampir mati selepas bahan kimia berbahaya merebak ke seluruh tubuhnya. 

Dia dikatakan telah membayar 450 pound (RM2250) kepada Morris untuk memejalkan punggungnya pada Mei tahun lalu.

Morris, seorang lelaki yang menjalani hidup seperti seorang wanita, menghadapi tuduhan mengamal perubatan tanpa lesen.
Dia dituduh menjalankan kegiatan itu di rumahnya sendiri. 
gambar : tokosuntik.wordpress.com
Loading...

Leave a Reply