[Terbakor Berita] Tangan bayi lelaki ditemui dibuang di belakang klinik dihurung semut

 

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui seorang jururawat yang mahu memulakan tugasnya di dalam bag berhampiran sebuah klinik. Bayi lelaki itu masih bertali pusat dan tangannya dihurung semut. Kejam! Tapi Alhamdulillah lah bayi tu selamat. 

[Terbakor Berita] Tangan bayi lelaki ditemui dibuang di belakang klinik dihurung semut

Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

sumber penuh : Berita Metro @ Harian Metro Online

Loading...

Latest Comments

  1. Cik Ila November 15, 2011

Leave a Reply