[Terbakor Berita] Bak Kut Teh berlogo Halal meragukan?

 

Alkisahnya semalam, seorang wanita yang ingin membeli makanan segera terkejut apabila mendapati satu bungkusan mee Bak Kut Teh yang secara umumnya diketahui ada produk babi diletakkan bersama dengan produk mee segera halal yang lain serta berlogo halal. Jadi wanita tersebut telah menyatakan keraguannya kepada pihak akhbar. Pelbagai pendapat boleh didapati di dalam akhbar, ada orang Islam sendiri mengatakan memang Bak Kut Teh ada mengeluarkan produk halal, dan wanita itu pula menjelaskan, ramai orang Cina yang ditanya mengesahkan produk itu mengandungi babi. Jadi sekarang ada kekeliruan di sini, pihak Jakimlah yang sebenarnya harus merungkai persoalan ini supaya umat Islam negara kita tidak salah faham nanti. 

[Terbakor Berita] Bak Kut Teh berlogo Halal meragukan?

Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran ‘bak kut teh’, yang sering dikaitkan dengan penggunaan babi sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu. 

Tambah mengelirukan pengguna terbabit, Yusmariati Yusof, 32, mi segera jenama A1 yang dikilang sebuah syarikat dari Johor itu bukan saja dipamerkan bersama produk halal lain oleh pengurusan pasar raya berkenaan, malah turut mempunyai tanda halal dikeluarkan Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

 “Saya kesal dengan tindakan pengurusan pasar raya berkenaan yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini sedangkan umum mengetahui ‘bak kut teh’ sinonim dengan babi.

[Terbakor Berita] Bak Kut Teh berlogo Halal meragukan?

Pihak pengurusan syarikat yang mengeluarkan mee segera Bak Kut Teh itu memberi penjelasan yang produk mereka hanya berasaskan herba dan sayur sayuran, tidak sama sekali mengandungi babi.

Page 1 of 2 | Next page