[Terbakor Berita] Bak Kut Teh berlogo Halal meragukan?

 

Alkisahnya semalam, seorang wanita yang ingin membeli makanan segera terkejut apabila mendapati satu bungkusan mee Bak Kut Teh yang secara umumnya diketahui ada produk babi diletakkan bersama dengan produk mee segera halal yang lain serta berlogo halal. Jadi wanita tersebut telah menyatakan keraguannya kepada pihak akhbar. Pelbagai pendapat boleh didapati di dalam akhbar, ada orang Islam sendiri mengatakan memang Bak Kut Teh ada mengeluarkan produk halal, dan wanita itu pula menjelaskan, ramai orang Cina yang ditanya mengesahkan produk itu mengandungi babi. Jadi sekarang ada kekeliruan di sini, pihak Jakimlah yang sebenarnya harus merungkai persoalan ini supaya umat Islam negara kita tidak salah faham nanti. 

[Terbakor Berita] Bak Kut Teh berlogo Halal meragukan?

Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran ‘bak kut teh’, yang sering dikaitkan dengan penggunaan babi sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu. 

Tambah mengelirukan pengguna terbabit, Yusmariati Yusof, 32, mi segera jenama A1 yang dikilang sebuah syarikat dari Johor itu bukan saja dipamerkan bersama produk halal lain oleh pengurusan pasar raya berkenaan, malah turut mempunyai tanda halal dikeluarkan Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

 “Saya kesal dengan tindakan pengurusan pasar raya berkenaan yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini sedangkan umum mengetahui ‘bak kut teh’ sinonim dengan babi.
[Terbakor Berita] Bak Kut Teh berlogo Halal meragukan?
Pihak pengurusan syarikat yang mengeluarkan mee segera Bak Kut Teh itu memberi penjelasan yang produk mereka hanya berasaskan herba dan sayur sayuran, tidak sama sekali mengandungi babi.
Tinjauan Sentral mendapati, stok mi segera sayuran bak kut teh itu, kini tidak lagi dijual di pasar raya dimaksudkan. 
Pengurus A K Koh Enterprise Sdn Bhd, (A K Koh) Law Teng How ketika dihubungi mendakwa produk mi segera sayuran bak kut teh yang dikilangkan syarikat itu, tidak mempunyai ramuan babi seperti dikatakan pengguna. 

“Kami sedia maklum dengan kekeliruan yang timbul disebabkan nama produk ini tetapi ingin saya jelaskan, mi segera sayuran bak kut teh keluaran A K Koh tidak mengandungi babi, sebaliknya hanya resipi sup herba daging

“bak kut teh sebenarnya membawa maksud sup daging tulang, dan boleh dimakan sama ada dengan daging lembu atau kambing dan tidak semestinya babi seperti disangkakan kebanyakan pengguna. 

“Produk kami disahkan tidak mengandungi ramuan terlarang, termasuk babi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan A K Koh sendiri kini dalam proses memohon sijil halal daripada badan itu sejak Julai lalu. 

“Kami juga dalam proses menukar nama serta pembungkusan bagi produk ini kerana menurut JAKIM ia menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna, terutama sekali umat Islam,” katanya. 

[Terbakor Berita] Bak Kut Teh berlogo Halal meragukan?
Terbakor : Untuk orang Islam, kalau ragu ragu jangan makan, senang cerita :)

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Diyana says:

    tatau la kwn cina mane yg pompuan tu tanya, kan….tp sy pernah tanya psl ba kut teh kt my chinese friends beberapa tahun dulu, diorng kata ba kut teh x semestinya ade babi. ade yg letak vegie, ade yg letak ayam, ade yg letak daging….tp diorng akui bahawa ba kut teh yg letak daging babi la yg paling sedap….

  2. Lina says:

    bak kut teh cuma herba-herba campuran dari alam semulajadi… dalam bahasa melayu nya yang paling mudah nak buat orang lain faham ianya hanyalah campuran herba-herba yang terdapat dalam sup bunjut tu la,yang mana penggunaannya kita boleh variasikan kepada sup ayam,sup daging,sup tulang ataupun sup ekor… cuma yang sinonim pada bak kut teh ialah b*b*… dan inilah penyebabnya ia menjadi keraguan pada umat islam… herba-herbanya halal dan yang menjadikan masakan itu tidak halal bila ia di masak dengan daging yang kita sedia maklum ia haram,yang di kenali sbagai daging b*b*… sekian harap maklum…

  3. Lina says:

    bak kut teh cuma herba-herba campuran dari alam semulajadi… dalam bahasa melayu nya yang paling mudah nak buat orang lain faham ianya hanyalah campuran herba-herba macam yang terdapat dalam sup bunjut tu la tapi tidak la serupa tapi tetap keturunan herba,yang mana penggunaannya kita boleh variasikan kepada sup ayam,sup daging,sup tulang ataupun sup ekor… cuma yang sinonim pada bak kut teh ialah b*b*… dan inilah penyebabnya ia menjadi keraguan pada umat islam… herba-herbanya halal dan yang menjadikan masakan itu tidak halal bila ia di masak dengan daging yang kita sedia maklum ia haram,yang di kenali sbagai daging b*b*… sekian harap maklum…

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site