[Terbakor Hot] Gambar Khairul Fahmi, Dahlia Teck berhibur bersama Black Label tersebar

 

Agak kontroversi sekali lagi penjaga gol pujaan hati Malaya, Khairul Fahmi Che Mat. Semalam atau dua hari lepas, tersebar gambarnya bersama Dahlia Teck dan rakan rakan perempuan yang lain sedang berhibur disebuah parti. Yang buat kontroversi adalah terpampangnya botol Black Label yang sudah dibuka dan beberapa gelas di atas meja mereka. Khairul Fahmi bikin kontroversi lagi. Ada dalam satu blog tapi Terbakor lupa blog apa, Khairul Fahmi enggan menjawab persoalan itu apabila ditanya media. Tak sudah sudah cerita tentang Khairul Fahmi. Apa pendapat korang? Pendapat Terbakor, KFCM kena jaga reputasi dia, tak mustahil nanti suatu hari kerjaya dia yang bersinar tu akan jatuh disebabkan kontroversi

Gambar-gambar tersebut bukan sahaja disiarkan oleh Oh! Bulan, Rotikaya.com atau Media Malaya.com sahaja, malah turut disambut oleh beberapa blog politik terkenal seperti Empayar Pemuda dan Keris Pusaka berkenaan perkembangan terbaru Apex yang berasal dari Kelantan itu.

Media Malaya.com yang menerima gambar-gambar tersebut melalui emel diberitahu oleh pengirimnya bahawa Apex, Dahlia dan rakan-rakan mereka berhibur di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini.

Laman web Oh! Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai beberapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.

Terbakor : Agak bulat mata memandang pakaian yang dipakai oleh Dahlia Teck dan rakan rakannya. Eh, kenapa muka Apex merah ek? Eleh, photoshop tu! Bak kata peminat peminat Apex. Terbakor secara peribadi rasa ini bukan gambar photoshop. 

sumber dan gambar : Adam Iskandar

sumber asal : Media Malaya

 

Loading...

Latest Comments

  1. tanakwagu November 2, 2011
  2. solo_wing November 23, 2011

Leave a Reply