[Terbakor Hiburan] Brad Pitt sorok komputer dari anak

 

Memang Brad Pitt seorang bapa yang sangat baik. Khabarnya dia telah memarahi anak anaknya kerana leka bermain di komputer terlalu lama. Brad Pitt mahu anak anaknya mengembangkan otak dengan melakukan aktiviti luar, bukan seharian terperuk di hadapan komputer. Apa yang Terbakor kagum dengan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie adalah kesediaan mereka membesarkan anak bersama sama. Bukan seorang dua tetapi 7 orang kalau tak salah Terbakor. Di Malaysia pun, ada artis yang tak nak anak kerana tak sanggup jatuh populariti. Macam mana tu?

[Terbakor Hiburan] Brad Pitt sorok komputer dari anak

 

Aktor Brad Pitt yang membesarkan enam anak bersama pasangannya Angelina Jolie nekad menyembunyikan komputer daripada anak-anaknya.

Pelakon filem Moneyball itu yang membesarkan Maddox, 10, Pax, 7, Zahara, 6, Shiloh, 5, dan kembar Knox serta Vivienne, tiga tahun, dikatakan meluat dengan sikap anaknya yang gemar bermain permainan video.

“Mereka mempunyai lima komputer riba yang dikongsi bersama. Pitt mengambil semuanya dan menyorokkan ia di stor,” kata satu sumber rapat keluarga itu. “Pitt mahu semua anaknya bermain di luar kediaman mereka, membaca buku atau berinteraksi sesama mereka.

“Dia percaya fikiran anak-anaknya semakin membeku dengan menghadap skrin komputer sehari suntuk,” kata sumber itu.

Terbakor : Anak bukan penghalang populariti.

berita penuh : Harian Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site