[Terbakor Hot] Budak 17 tahun kata dating naik motor takde standard!

 

“Pernah kawan lelaki satu sekolah ajak dating, setiap kali dia ajak, saya bagi la alasan sibuk, takut mak marah, tak cukup dewasa lagi nak dating. Tapi sebenarnya bukan tak nak, dia hanya ada motor je mana ada standard dating naik motor”,

Amboi amboi adik manis, kecik kecik dah pandai demand. Hehe. Adakah korang tahu yang kenyataan gadis di dalam gambar kat atas tu telah menjadi bahan kecaman pengguna Facebook di Malaysia? Klik je sumber kat bawah post ni. Korang baca lah pendapat orang ramai yang terbakor dengan kata kata berunsur matrealistik gadis di atas. Pendapat Terbakor? Adik ni masih mentah dalam menjalani kehidupan. Baru umur 17 tahun. Mungkin juga dia terpengaruh dengan pendapat rakan rakan sebaya yang beranggapan dating dengan mat motor takde standard. Percayalah, apabila gadis ini menginjak dewasa nanti, pasti pendapatnya berubah. Cuma orang ramai mungkin marah sebab kenyataan gadis ni betul betul macam menghina lelaki yang menunggang motosikal.

Mungkin benar kata adik ni, tapi caranya salah. Tak elok bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk di atas motosikal berdua duaan. Tapi adik, tak semua lelaki yang nampak berada, berkerjaya dan berkereta itu baik. Dan lelaki lelaki yang hanya ada motor rasanya jauh lebih setia dan bertanggungjawab berbanding lelaki kaya. Jadi jangan hanya pandang pada harta dan kekayaan. Akhir nanti diri sendiri yang merana.

sumber : Facebook fan page Like

Loading...

Leave a Reply