[Terbakor Dunia] Tahi tikus dalam pastri

 

Eyeww! Tengok tajuk pun dah geli, tapi nak buat macam mana. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang pengunjung kedai roti di Dubai apabila terjumpa tahi tikus dalam pastri. Selain itu, sebuah restoran di Dubai turut dikenakan notis penutupan kerana tidak menjaga kebersihan. Macam mana lah customer nak lekat ke kedai kalau meniaga macam tu? Pemilik restoran itu langsung tiada rasa tanggungjawab kepada pelanggannya. Selain merosakkan reputasi, tindakan pemilik restoran itu juga akan menukar persepsi pelanggan terhadap kedai makanan nanti. 

[Terbakor Dunia] Tahi tikus dalam pastri

Sebuah restoran dan sebuah kedai roti di Umm Al Quwain, diarah tutup dan didenda kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Pasukan pemeriksa dari Majlis Perbandaran Umm Al Quwain menutup premis kedai roti terkenal di situ dan mendendanya sebanyak Dh10,000 (RM9,000) apabila mereka menemui tahi tikus dalam pastri. 

Pihak majlis terus menutup kedai roti itu dan meletakkan notis di pintu premis berkenaan yang mengatakan ia ditutup kerana melanggar peraturan kebersihan. 

Pemilik kedai itu bagaimana menampal notis lain yang mengatakan kedai itu ditutup kerana ‘masalah bekalan elektrik.’

Pihak majlis mengarahkan pemilik kedai membuang notis yang dibuatnya sendiri tetapi dia meletakkan pula sebuah bas persendirian di hadapan pintu kedainya untuk menghalang notis majlis daripada dilihat oleh pelanggan.
Terbakor : Tengoklah betapa degilnya pemilik restoran itu. Degil, patutnya pihak berkuasa bagi hukuman yang lebih tegas.
Loading...

Leave a Reply