[Terbakor Berita] Khidmat tempah pelacur dengan SMS melalui Pretty Woman Club

 

Hari tu, kecoh dalam Facebook tentang satu fan page yang menawarkan khidmat pelacur. Berani diorang ni jual pelacur dalam Facebook secara terang terang kan? Dan yang paling mengejutkan, rata rata pengunjung fan page itu adalah lelaki Melayu yang beragama Islam! Secara terang terang mereka order pelacur macam nak beli baju, depan public dan tanpa rasa bersalah langsung. Kali ini pula, ada khidmat tempah pelacur menggunakan SMS melalui Kelab Wanita Cantik atau Pretty Woman Club

 

Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.

Terbakor : Dah takde rasa takut dah, jual pelacur macam jual baju je.

berita penuh : Harian Metro

gambar : episodbaru.blogspot.com

Loading...

Latest Comments

  1. Harfiz@Bizstudent October 24, 2011
  2. Terbakor Admin October 25, 2011

Leave a Reply