Tadi Terbakor baca updates Berita Harian dalam Facebook tentang Himpunan Sejuta Umat yang diadakan hari ini, 22 Oktober 2011 dari pukul 2 petang hingga 5 petang ini. Semasa artikel ini ditulis, lagi 10 minit nak sampai pukul 5 petang. Berita Harian mengatakan bahawa perhimpunan ini tidak mencapai sasaran yang dimahukan. Sambutan masyarakat juga agak dingin katanya. Penerangan Berita Harian itu telah membuatkan ramai tukang komen tak puas hati kononnya Berita Harian nak kondem perhimpunan yang berasaskan agama tu. Ok, Terbakor takmo cakap pasal tu cuma nak kata, “kalau konsert mesti lagi berjuta juta yang datang, tapi kalau perhimpunan agama macam ni kenapa sikit je yang datang?” Macam macam alasan pulak yang ada sesetengah orang beri, “tak apa kalau datang, janji sokong dari jauh saja”, “dari buat perhimpunan tapi cakap kosong buat apa?” . Ada juga yang masih mengaitkan perhimpunan ini dengan politik walaupun penganjurnya menegaskan, Himpunan Sejuta Umat diadakan bagi membincangkan isu murtad dan gejala merosakkan akidah yang lain, tidak ada kena mengena pun dengan politik.
“Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran di Stadium Shah Alam yang bermula jam 2 petang dan tamat pada jam 5 petang ini. – Foto BH Online” – Berita Harian Online
Terbakor : Ramai yang suka jadi keyboard warrior. Berlagak dalam Internet lebih tapi kat luar?

