[Terbakor Berita] Tak perlu hukuman sebat untuk kes penceraian tanpa sebab munasabah

Baru baru ni, Terbakor ada post tentang cadangan negeri Kelantan untuk mengenakan hukuman sebat atau penjara bagi pasangan yang bercerai tanpa sebab munasabah. Terbakor dah pun beri pendapat dalam post tersebut. Semalam, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah memberi pendapatnya juga mengenai hal ini. Kata beliau, hukuman sebat untuk pasangan yang bercerai tanpa sebab munasabah itu tidak perlu. Apa yang perlu dilakukan adalah beri penekanan secara mendidik, bukannya menghukum seperti itu. Perkahwinan dan penceraian adalah hak peribadi sesuatu pasangan. Bagi Terbakor, rasanya pihak lain tak perlu masuk campur kecuali ada kes keganasan saja. 

“Tak perlu buat hukuman sebat atau penjara terhadap pasangan yang bercerai, sebaliknya beri penekanan dengan cara mendidik bukan hukuman berat seperti itu,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip.

Menurutnya, persatuan tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan hukuman berat seperti itu kerana ia bukan cara terbaik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama pasangan suami isteri.

“Cadangan pelaksanaan undang-undang itu perlu dikaji semula, di samping meneliti sebab pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk bercerai,” katanya, ketika dihubungi di sini semalam. Beliau mengulas cadangan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hukuman lebih berat, termasuk sebat terhadap pasangan yang bercerai tanpa alasan munasabah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri itu, Wan Ubaidah Wan Omar menimbulkan cadangan berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, baru-baru ini. Langkah itu bagi mengelak kadar perceraian tinggi terutama di kalangan pasangan muda.

Terbakor : Kita tunggu pendapat dari pihak lain pula.
sumber gambar : suampripad.blogspot.com
Loading...

Leave a Reply