[Terbakor Berita] Safee Sali tolak tawaran sambung berlakon Sitcom Opera Vanjava

 

Penampilan sulung Safee Sali sebagai pelakon undangan dalam sitcom popular Opera Vanjava yang ditayangkan oleh stesen TV Transit7 Indonesia telah memberi peluang kepada Safee Sali untuk menerima tawaran menyambung lakonan. Namun, Safee Sali telah menolak tawaran itu kerana mahu memberi perhatian penuh kepada kerjaya bola sepaknya. Hehe. Terbakor dah tengok klip lakonan Safee Sali tu. Serius, rasanya Safee Sali memang mempunyai wajah untuk menjadi seorang pelakon. Kalau lah ada produser Malaysia yang bagi tawaran berlakon walau satu scene pun pada Safee Sali, mesti meletup drama tu kan? 😀

[Terbakor Berita] Safee Sali tolak  tawaran sambung berlakon Sitcom Opera Vanjava

 

Penyerang negara, Safee Sali, menerima tawaran sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7 selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Vanjava, Rabu minggu lalu.

Bagaimanapun, kapten Pelita Jaya FC (PJFC) itu terpaksa melupakan hasrat cabang baru yang dianggap menarik itu berikutan ingin memberikan tumpuan kepada kelab dan skuad kebangsaan. “Saya terkejut apabila pengurusan stesen itu menawarkan saya berlakon lagi. Tapi, saya terpaksa tolak. Bagaimanapun, jemputan sebagai pelakon undangan memberi pengalaman berharga tidak mungkin saya lupakan,” katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

 

Terbakor : Teruja tengok pemain bola sepak berlakon! 

 

sumber berita : Harian Metro

Loading...

Leave a Reply