[Terbakor Berita] Pukau : Hilang RM50,000 dengan sekali tepukan di bahu

 

Bahaya kan ilmu pukau macam ni? Ada sesetengah orang memang sanggup mengetepikan agama dan mempelajari ilmu hitam yang ternyata syirik untuk kepentingan diri sendiri. Bagi orang orang macam ni, duit dan harta dunia adalah benda yang paling bernilai untuk mereka. Sudahlah menipu harta orang, langsung tak rasa bersalah dengan dosa yang telah dilakukan. Memang terbakor betul rasa dengan orang yang guna ilmu pukau untuk curi duit ni. Tapi kita haruslah selalu mengamalkan doa doa agar dapat menghindarkan diri dari terkena ilmu pukau ni, InsyaAllah. 

[Terbakor Berita] Pukau : Hilang RM50,000 dengan sekali tepukan di bahu

Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.

Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.

“Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.

Ingat ye, jangan mudah percaya dengan orang berperwatakan baik yang kita tak kenal. Dan jangan mudah percaya pada orang luar.

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : gardisareyou.blogspot.com

Loading...

Leave a Reply