[Terbakor Artikel] Ceritera Yue Yue, budak malang yang dilanggar tapi tak dipedulikan berakhir dengan kematian

 

Baru baru ni masyarakat dunia khususnya Malaysia, yang sangat sangat prihatin terhadap ketidak adilan berkenaan nilai kemanusiaan telah digemparkan dengan penyebaran video budak dua tahun, Wang Yue Yue yang dilanggar di China tetapi tidak dipedulikan orang orang yang lalu lalang di sekeliling. Budak perempuan malang itu, dilanggar 3 kali, 2 kali dengan van dan sekali dengan lori. Terbakor dah tengok video penuh rakaman CCTV kejadian yang berlaku. Setelah video itu tersebar, pelbagai pihak serata dunia mengecam tindakan pemandu van itu dan juga orang orang sekeliling yang tidak langsung membantu. Kemudian, tersebar lagi satu maklumat kenapa rakyat China bertindak kejam dan tidak membantu budak itu.

 

[Terbakor Berita] Ceritera Yue Yue, budak malang yang dilanggar tapi tak dipedulikan berakhir dengan kematian

 

Pertama, pemandu van yang mula mula melanggar Yue Yue. Dia ketika itu sedang memandu sambil menggunakan telefon bimbit tersedar telah melanggar Yue Yue. Tetapi, dia bukannya malah memberhentikan kenderaan dan membantu, malah dia bertindak melanggar Yue Yue buat kali kedua untuk memastikan budak itu mati! Kenapa? Kerana hukuman langgar mati di China adalah lebih rendah berbanding hukuman melanggar hidup. Di sini bermaksud, jika Yue Yue mati, pemandu van itu hanya perlu menanggung kos pengebumian berbanding jika Yue Yue hidup, dia perlu menanggung kos perubatan budak itu untuk seumur hidup! Kejam tapi itulah undang undang di China. Mereka yang lalu lalang di tepi Yue Yue yang sedang menahan sakit itu juga takut untuk membantu kerana bimbang perlu menanggung kos rawatan Yue Yue. Di China, bila berlaku kemalangan dan kita membantu mangsa, mangsa secara automatik akan jadi tanggungan kita! 

 

[Terbakor Berita] Ceritera Yue Yue, budak malang yang dilanggar tapi tak dipedulikan berakhir dengan kematian

 

Nasib Yue Yue selamat dari terus dibiarkan terlentang di atas jalan di tangan seorang pengutip sampah, Chen XianMei. Dia lah yang telah membantu Yue Yue. Setelah itu, dia dikatakan telah menerima ganjaran lebih kurang RM 10,000 kalau tak silap, tapi dia sebaliknya telah mendermakan wang itu kepada pihak lain. Mulia kan hati pengutip sampah tu? Tapi bayangkan jika video itu tak tersebar? Agak agak kerajaan China nak tak bagi ganjaran tu pada Chen XianMei? Entah entah dia yang akan disabitkan kesalahan pulak karang! Namun begitu, ada mulut mulut jahat di China keluarkan kenyataan yang makcik XianMei membantu Yue Yue hanya untuk publisiti dan nak popular, itu adalah statement yang sangat tak boleh diterima! 

 

[Terbakor Berita] Ceritera Yue Yue, budak malang yang dilanggar tapi tak dipedulikan berakhir dengan kematian

 

Setelah seminggu dirawat di Hospital Besar Daerah Tentera Guangzhou, Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan organ dan otak. Kecederaannya disifatkan terlalu teruk dan tidak boleh diselamatkan lagi. Ok, seriously memang lepas tengok video tu, Terbakor rasa Yue Yue sukar diselamatkan. Tiga kali kena langgar, budak kecik pulak tu! Terbakor tak mahu persoalkan dasar undang undang China yang kejam tu, tapi cuma nak persoalkan di mana ibu bapa Yue Yue ketika kejadian

Video kejadian di bawah:-


*Ulasan Terbakor sendiri

 sumber gambar : cerita mamat , dailymail.co.uk

Loading...

Leave a Reply