[Terbakor Berita] Waran tangkap untuk Bob Lokman

 

Hari tu ada berita tentang Bob Lokman ditahan ketika memberi ceramah di sebuah surau. Terbakor tersilap dengan mengatakan dia ditahan polis, sebenarnya Bob Lokman telah ditahan JAIS, pihak Jabatan Agama Islam Selangor kerana memberi ceramah tanpa tauliah. Menurut JAIS, Bob Lokman sepatutnya menghadirkan diri ke ibu pejabat JAIS semalam tetapi dia tidak berbuat demikian. Justeru, pihak JAIS telah memohon supaya waran tangkap dikeluarkan untuk Bob Lokman. Kalau kita perhatikan dari sudut positif, ada benarnya undang undang untuk tidak membenarkan sesiapa memberi ceramah tanpa tauliah, kerana takut ia akan menyampaikan ajaran tidak benar pulak kan. Tapi dari sudut lain, tidak salah jika seseorang yang sudah ada ilmu agama yang betul, tampil ke hadapan dan berkongsi sedikit ilmu.

 

[Terbakor Berita] Waran tangkap untuk Bob Lokman

 

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut: “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Terbakor : Erm, ni masuk soal politik ke tak ni? Karang kena saman, takmo lah! 

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : pahangdaily

Loading...

Leave a Reply